Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Belia digesa ambil inisiatif dalami adat, budaya di Sabah
Published on: Monday, July 18, 2022
Published on: Mon, Jul 18, 2022
Text Size:
Text:
Belia digesa ambil inisiatif dalami adat, budaya di Sabah
Ellron menyempurnakan gimik perasmian dengan tujuh kali paluan gong.
Kota Kinabalu: Golongan belia perlu mengambil inisiatif dalam mendalami adat dan budaya kaum di negeri ini.

Menteri Belia Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata, penganjuran pertandingan Gegar Tradisi amat sesuai diadakan terutamanya bagi golongan belia dan remaja bagi mempelajari  ilmu tempatan, adat dan budaya.

Advertisement
“Oleh kerana Sabah yang kaya dengan adat budaya dan tradisi, seluruh masyarakat diharap dapat mengambil inisiatif bagi mempelajari dan mendalami ilmu tempatan, adat dan budaya kaum-kaum di Malaysia khususnya di Sabah.

“Melalui platform inilah yang akan memberikan pendedahan kepada warga muda untuk lebih menghargai warisan kebudayaan mereka ini,” katanya semasa merasmikan Program Gegar Tradisi sempena Karnival Sambutan Hari Belia Negara 2022 di Padang Pekan Tuaran, pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambah beliau, program tersebut yang sempena dengan Sambutan Hari Belia Negara 2022 bertemakan “Ini Masa Kita” amat  bertepatan dalam usaha memelihara khazanah yang berharga dan telah sinonim dengan identiti negeri ini. Dalam pada itu, Ellron turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Sabah dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah di atas penganjuran pertandingan
Advertisement
Pertandingan Gegar Tradisi tersebut disertai seramai lapan kumpulan tarian dan lima kumpulan muzik etnik kreatif tradisional Sabah.

Turut hadir dalam program tersebut,  Presiden Majlis Belia Sabah, Abqaree Fawwaz Abekan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here