Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan nafi diculik, hilang
Published on: Monday, July 18, 2022
Published on: Mon, Jul 18, 2022
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan nafi diculik, hilang
SANDAKAN: Bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk Peter Hii Chang Lik (gambar) menafikan beliau diculik atau hilang seperti didakwa di media sosial dan dilaporkan oleh Daily Express pada Ahad.

Beliau kesal akhbar ini (Daily Express) menyiarkan berita itu pada 17 Julai dan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menyiarkan berita palsu mengenai keberadaan dan keadaan semasa beliau.

Advertisement
Katanya, ia merupakan satu fitnah dan menyentuh tentang soal keselamatan yang dilihat mampu menjejaskan keharmonian dan keyakinan pelancong apabila mengunjungi negeri ini dan membabitkan tugas pasukan keselamatan yang sangat ikhlas menjaga keselamatan negara tetapi dipersoalkan disebabkan berita tular yang sangat serius itu.

“Saya juga menerima banyak mesej bertanyakan khabar saya sejak berita itu tular dan akibat kesalahfahaman ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jelas sekali, ia tidak benar bahawa saya diculik mahu pun hilang seperti yang ditularkan mengenai diri saya.

“Tanya saya dan jangan membuat andaian sendiri,” katanya kepada media di sini, pada Ahad.
Advertisement
Peter menambah, beliau ada keluar rumah melalukan aktiviti seperti biasa dan tidak hilang seperti yang ditularkan.

Katanya, beliau hanya mengetahui tentang andaian dan spekulasi mengenainya pada Jumaat dan hanya mengetahui ianya tular pada Sabtu.

Advertisement
Berikutan tersebarnya mesej palsu mengenai keadaannya, katanya, beliau juga akan mendapatkan nasihat daripada peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini tidak diperbetulkan.

Penafian itu dibuat selepas Daily Express melaporkan pertanyaan daripada orang ramai tentang dakwaan kehilangannya yang menyebabkan beberapa spekulasi bahawa beliau mungkin diculik dan ia tular di media sosial. Akhbar ini cuba menghubunginya dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan Peter untuk mendapatkan maklumat tentang keberadaannya tetapi tidak berjaya.

Susulan laporan berita dalam akhbar itu, Peter memberitahu media di sini pada Ahad untuk menjelaskan keadaan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here