Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kerajaan Sabah telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menangani isu buruh di negeri ini.“Isu buruh adalah antara isu yang dihadapi negara, malah baru-baru ini kita mendengar tentang kemerosotan pengambilan buruh asing khususnya bagi sektor perladangan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri.
“Di Sabah, kita menubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani isu buruh ini, termasuk bahan mentah yang sukar diperoleh sekarang.”
Advertisement





