Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jual produk beracun: Lelaki didenda RM5,000
Published on: Tuesday, July 19, 2022
Published on: Tue, Jul 19, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Jual produk beracun: Lelaki didenda RM5,000
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 37 tahun didenda sejumlah RM5,000 kerana menjual produk mengandungi racun tanpa lesen, produk tidak berdaftar dan kosmetik tanpa label.

Ivan Sudampam George Mokunjil mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, atas tiga pertuduhan terhadapnya, pada Isnin.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Ivan didenda RM1,000 atau penjara seminggu kerana memiliki 15 produk mengandungi racun yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952 walaupun dia tidak mempunyai lesen untuk memiliki racun itu.

Dia melakukan kesalahan itu pada pukul 12.25 tengah hari 24 Mac 2021 di 9BeautySecret (Wellness&Beauty) di Pasaraya Bataras di Kolombong, Inanam, dekat sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 13(a) Akta Racun itu boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) Akta sama, yang membawa denda sehingga RM3,000, atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia diperintah membayar denda RM2,000 atau penjara 14 hari kerana mempunyai 25 produk tidak berdaftar di tempat dan masa yang sama.

Advertisement
Bagi pertuduhan ketiga, Ivan didenda RM2,000 lagi atau penjara dua minggu kerana menjual tujuh kosmetik tanpa label di tempat dan masa yang sama.

Semasa rayuan, Ivan yang tidak diwakili, meminta hukman ringan dengan mengatakan bahawa dia tidak tahu produk itu mengandungi racun, dan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) serta tiada notifikasi mengenai kosmetik itu.

Advertisement
Ivan memberitahu mahkamah bahawa dia baru mendapat pekerjaan baharu sebagai perunding dan dia tidak berniat untuk membahayakan kesihatan orang ramai.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Oong Chi San dari Jabatan Farmasi menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana Ivan melakukan kesalahan yang boleh membahayakan kesihatan orang ramai.

Oong berkata produk yang mengandungi racun dan tidak berdaftar dengan KKM serta tiada notifikasi, boleh membahayakan kesihatan orang ramai apabila digunakan secara berterusan tanpa pemeriksaan dan rawatan kesihatan oleh pengamal perubatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here