Kota Kinabalu: Pemulihan ekonomi semasa Sabah kekal dalam prospek meyakinkan dengan trend yang lebih baik, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.“Ia boleh dilihat melalui petunjuk ekonomi makro negeri pada 2021 berbanding 2020, walaupun dengan kelembapan ekonomi global berpunca daripada pelbagai faktor,” katanya pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini, pada Isnin.
Beliau berkata, berdasarkan laporan awal yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah direkodkan berkembang pada kadar positif 1.1 peratus berbanding penguncupan 9.5 peratus tahun sebelumnya.
Advertisement





