Kota Kinabalu: Purata hasil padi di Sabah tahun lalu ialah 3,460 kilogram atau 3.46 tan metrik (MT) sehektar, kata Penolong Menteri Pertanian dan Perikanan Hendrus Anding.“Dasar Pertanian Negeri Sabah Ke-3 (DPNS-3) menyasarkan tahap sara diri (SSL) beras Sabah sebanyak 60 peratus menjelang 2030,” katanya menjawab soalan ADUN Bongawan Dr Daud Yusof.
Pada 2020, katanya, Sabah hanya mencapai 22.8 peratus SSL dengan keluasan fizikal sawah padi seluas 24,013 hektar melibatkan 20 sawah iaitu Kota Belud, Kota Marudu, Keningau, Tambunan, Pitas, Kuala Penyu, Ranau, Papar, Tenom, Sook, Kudat, Tuaran, Nabawan, Beaufort, Tongod, Beluran, Sipitang, Penampang, Putatan dan Tawau.
Advertisement





