Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki didakwa serang guna tali pinggang
Published on: Wednesday, July 20, 2022
Published on: Wed, Jul 20, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa serang guna tali pinggang
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 44 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa, atas pertuduhan menyerang seorang lelaki dengan seutas tali pinggang pada tahun lepas.

Musa Sumalah mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada Jeffery Yeoh dengan tali pinggang pada jam 12.10 pagi 29 Nov 2021 di Kompleks Perikanan Safma, Jalan Tun Fuad Stephen di sini.

Advertisement
Pegawai pendakwa Inspektor Kelvan Elson Maik memohon tarikh pengurusan kes (CM) dan mencadangkan ikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin.

Musa, yang tidak diwakili, meminta jumlah ikat jamin lebih rendah kerana dia mempunyai tanggungan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau dengan denda, atau dengan sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Ogos untuk pengurusan kes dan melepaskan Musa dengan ikat jamin RM2,000 dan dua penjamin.

Advertisement
Dalam kes lain, seorang penganggur meminta dibicarakan bagi tuduhan mencuri satu telefon bimbit.

Juraman Rudy, 26, didakwa mencuri gajet itu pada jam 7.17 pagi 12 Julai lalu di sebuah kedai di tingkat bawah Kompleks Centre Point di sini.

Advertisement
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Pihak pendakwaan dalam memohon tarikh CM mencadangkan ikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin.

Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence, yang mewakili Juraman, meminta jumlah ikat jamin yang lebih rendah atas alasan tertuduh kini menganggur.

Lovely menetapkan 22 Ogos untuk tarikh CM dan menawarkan Juraman ikat jamin RM1,500 dengan dua penjamin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here