Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penganggur didakwa edar dadah
Published on: Thursday, July 21, 2022
Published on: Thu, Jul 21, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Penganggur didakwa edar dadah
Kota Kinabalu: Seorang penganggur berusia 36 tahun berdepan pertuduhan sementara di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mengedar dadah.

Rosli Moktar didakwa mengedar 72.36gm syabu pukul 12.30 tengah hari pada 9 Julai di tingkat satu Blok 3T, Kondominium Universiti Utama, Jalan Kayu Madang, Manggatal.

Advertisement
Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Rosli, yang tampil di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie, selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 15 kali sebatan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pendakwaan memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan kimia dan membantah ikat jamin terhadap Rosli kerana pertuduhan itu tidak memperuntukkan ikat jamin. Stephanie menetapkan 19 Sept untuk sebutan dan memerintahkan Rizal direman lanjut.

Advertisement
Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 33 tahun dipenjara sehari dan denda RM10,000 atau dua bulan penjara kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Kevin Phang mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pukul 12.10 tengah malam pada 6 Feb tahun ini di Jalan Kota Kinabalu – Penampang, di hadapan SMK Bahang, Penampang.

Advertisement
Pertuduhan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan 2020), itu membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda antara RM10,000 dan RM30,000 serta hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu untuk tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan.

Sementara itu, dua individu didenda kerana terlibat dalam kegiatan perjudian.

Clethra Cyrinus, 22, didenda RM3,300 atau tiga bulan penjara kerana memiliki peralatan judi.

Dia mengaku di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun mempunyai dua slip 4D secara haram jam 3.30 petang pada 20 Mac, 2019 di Taman Kepayan.

Dia didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Memohon denda yang lebih rendah, Clethra mengaku bahawa ia adalah kesalahan ketiganya di bawah Seksyen sama.

Mahkamah memerintahkan wang RM41 yang dirampas untuk dilupuskan oleh kerajaan.

Md Yakob Din didenda RM800 atau sebulan penjara selepas mengaku di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles kerana berjudi atas talian menggunakan telefon bimbit jam 1 petang pada 20 Feb, tahun ini di kawasan Putera Jaya, Jalan Tuaran – Kota Kinabalu, Manggatal.

Yakob didakwa di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau sehingga enam bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here