Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Mengemukakan tuntusan palsu bernilai RM66,190:
Published on: Thursday, July 21, 2022
Published on: Thu, Jul 21, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Mengemukakan tuntusan palsu bernilai RM66,190:
Charles, yang berasal dari Pulau Pinang, juga diperintah untuk melapor diri di pejabat SPRM dua bulan sekali serta pasportnya, jika ada, akan diserahkan kepada mahkamah.
Kota Kinabalu: Seorang profesor berusia 55 tahun didakwa atas 21 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM66,190 untuk dana penyelidikan berkaitan marin Sabah.

Prof Dr Charles Santhanaraju Vairappan, yang merupakan profesor di Fakulti Produk Kimia Semula Jadi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, pada Rabu, atas semua pertuduhan terhadapnya.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama hingga ke-21, Charles didakwa mengemukakan dokumen tuntutan perbelanjaan yang merupakan resit rasmi yang mengandungi butiran palsu kepada ejen-ejen di Jabatan Bendahari UMS antara Mei 2014 dan April 2017.

Pertuduhan menyatakan bahawa resit tersebut adalah bayaran untuk aktiviti menyelam, sewa bot ke beberapa pulau di negeri ini, dan sewa van tetapi sebenarnya semua aktiviti itu tidak dilakukan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda dari nilai tuntutan palsu atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Mahkamah menetapkan 6 Sept untuk pengurusan kes dan membebaskan Charles dengan ikat jamin sebanyak RM20,000 deposit RM10,000 bersama seorang penjamin tempatan.

Advertisement
Charles, yang berasal dari Pulau Pinang, juga diperintah untuk melapor diri di pejabat SPRM dua bulan sekali serta pasportnya, jika ada, akan diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah turut memberi amaran kepada Charles supaya tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Advertisement
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nartiah F. Mirchelle Sambatan menawarkan ikat jamin RM20,000 beserta seorang penjamin tempatan atas alasan Charles mempunyai 21 pertuduhan ke atasnya. Beliau juga meminta mahkamah mengenakan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah, melapor diri di pejabat SPRM dua kali sebulan, dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sementara menunggu pelupusan kes.

Bagaimanapun, peguam Zahir Shah yang bersama peguam Baldev Singh mewakili Charles, memohon jumlah ikat jamin dikurangkan dengan berkata anak guamnya bukan risiko penerbangan kerana dia menjadi pensyarah di UMS sejak 2013 hingga kini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here