Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Konsep Rumah Mesra Sabah Maju Jaya dilancar September
Published on: Friday, July 22, 2022
Published on: Fri, Jul 22, 2022
Text Size:
Text:
Konsep Rumah Mesra Sabah Maju Jaya dilancar September
Pelancaran Model Rumah Mesra SMJ itu adalah bersempena dua tahun pemerintahan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN).
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah akan melancarkan konsep Rumah Mesra SMJ pada 29 September ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata Rumah Mesra SMJ merupakan inisiatif baharu di bawah teras modal insan dan kesejahteraan rakyat dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
Advertisement
Perancangan Kerajaan Negeri adalah untuk membina sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra SMJ dengan anggaran kos tahunan sebanyak RM125.6 juta meliputi ke semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pelancaran Model Rumah Mesra SMJ itu adalah bersempena dua tahun pemerintahan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, kerja reka cipta dan konsep rumah itu kini sedang di peringkat akhir penilaian oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.

“Pembinaan Rumah Mesra SMJ yang berkonsepkan Projek Perumahan Rumah Termiskin (PPRT) ini adalah untuk mereka yang tidak memiliki rumah di kalangan rakyat dalam kategori miskin.

Advertisement
“Kebajikan rakyat adalah keutamaan Kerajaan GRS-BN. Atas sebab itu, saya sering tegaskan bahawa setiap perancangan dan pelaksanaan dasar dan program kerajaan perlu berorientasikan kesejahteraan rakyat, dan golongan miskin tidak akan sesekali dipinggirkan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here