Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pencemaran air: "Syarikat buang efluen industri didenda RM38,000"
Published on: Friday, July 22, 2022
Published on: Fri, Jul 22, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Pencemaran air:
Kesalahan di bawah Seksyen 11(1)(b) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 membawa hukuman denda sehingga RM100,000, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
Kota Kinabalu: Sebuah syarikat didenda sejumlah RM38,000 atas empat pertuduhan membuang efluen ke saluran air pedalaman.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada QL Agroventures Sdn Bhd selepas pengurusnya mengaku bersalah atas semua pertuduhan terhadap syarikat itu.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, syarikat yang mengendalikan premis penyembelihan ayam itu didenda RM10,000 kerana melepaskan efluen industri antara 12.47 petang dan 2 petang 15 April 2021 di premis syarikat di Kg Tombovo, Putatan.

Pertuduhan menyatakan bahawa efluen mengandungi parameter Permintaan Oksigen Biokimia (BOD) dengan kepekatan 290mg/L yang melebihi had yang ditetapkan iaitu 50mg/L.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 11(1)(b) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 membawa hukuman denda sehingga RM100,000, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, mahkamah memerintahkan syarikat itu membayar denda RM5,000 kerana melepaskan efluen industri mengandungi mengandungi minyak dan gris dengan kepekatan 24mg/L yang melebihi had ditetapkan iaitu 10.0mg/L di tempat dan masa yang sama.

Advertisement
Bagi pertuduhan ketiga, syarikat itu didenda RM8,000 lagi kerana melepaskan efluen industri mengandungi nitrogen dan ammonia dengan kepekatan 57mg/L yang melebihi had ditetapkan iaitu 20mg/L, di tempat dan masa yang sama.

Bagi pertuduhan keempat, syarikat itu didenda RM15,000 kerana melepaskan efluen mengandungi parameter Permintaan Oksigen Kimia (COD) dengan kepekatan 1,960mg/L melebihi had yang ditetapkan iaitu 200mg/L, di tempat dan masa yang sama.

Advertisement
Semasa rayuan, syarikat itu melalui peguamnya, meminta hukuman ringan dengan mengatakan bahawa syarikat telah melakukan rawatan di tempat tersebut serta mematuhi piawaian oleh Jabatan Alam Sekitar.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal atas alasan ia membabitkan kepentingan awam kerana syarikat itu telah membuang efluen industri ke saluran air, yang menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar.

Pihak pendakwaan menyatakan bahawa rawatan telah dilakukan oleh syarikat itu tetapi efluen discaj daripada rawatan itu tidak mencapai piawaian ditetapkan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here