Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
JPS lancar Pelan Strategik Organisasi 2021-2025
Published on: Saturday, July 23, 2022
Published on: Sat, Jul 23, 2022
Text Size:
Text:
JPS lancar Pelan Strategik Organisasi 2021-2025
“PSO JPS ini membolehkan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih kemas terutama dalam menguruskan sumber air Negeri Sabah selaras dengan perundangan Enakmen Sumber Air Sabah 1998,” menurut Jeffrey.
Kota Kinabalu: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melancarkan Pelan Strategik Organisasi (PSO) bagi tempoh 2021 hingga 2025.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan, berkata, PSO JPS Sabah tersebut adalah selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya dalam tempoh masa lima tahun akan datang.
Advertisement
“Kementerian dan JPS Sabah sering dipersalahkan setiap kali berlakunya banjir dan hakisan tebing sungai serta pantai di daerah yang terlibat di Sabah.

“Oleh yang demikian, JPS akan menguatkuasakan peruntukan pengurusan rizab sungai seperti sungai, tasik, perairan pantai, paya dan akuifer serta membangunkan manual pemantauan morfologi dan ekosistem sungai kawalan aktiviti-aktiviti dalam rizab sungai dan pantai.      
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pelan yang mempunyai empat teras utama dan 23 strategi ini untuk memastikan tindakan perlu diambil untuk mengatasi sebarang masalah berlaku,” katanya semasa berucap melancarkan Pelan Organisasi JPS Sabah berkenaan di sini.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan menyatakan, JPS sedang membangunkan mekanisme untuk menguatkuasakan peruntukan dalam Enakmen Sumber Air berkaitan kebenaran pengambilan air daripada badan air yang mana, sekiranya dilaksanakan akan membolehkan Kerajaan Negeri mengutip hasil sebanyak RM17 juta setahun.

Advertisement
“Pelaksanaan ini sudah tentunya akan mengambil kira kemungkinan kesan ekonomi dan sosial ke atas pelbagai pihak.         “PSO JPS ini membolehkan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih kemas terutama dalam menguruskan sumber air Negeri Sabah selaras dengan perundangan Enakmen Sumber Air Sabah 1998,” tambahnya.

Advertisement
Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Dr Mariana Tinggal, Pengarah Pengairan dan Saliran Sabah, Waily Harim dan Ketua-Ketua Bahagian serta Jurutera-Jurutera Daerah JPS.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here