RANAU: Seorang pelajar berusia 15 tahun dari SMK Mat Salleh, Sky Broxlyne Roy Maxwill, yang menjuarai Kuiz Asean Peringkat Kebangsaan 2022, akan mewakili Malaysia di peringkat rantau ini, dijangka pada hujung tahun ini.Sky akan disertai oleh George Loh Ing Won dari Sarawak dan Mohammad Adam Haiqal dari Terengganu.
“Saya membuat persiapan dua bulan untuk pertandingan ini dan saya berharap lebih ramai pelajar dapat mengambil inisiatif untuk mengetahui hal ehwal Asean kerana ia secara umumnya merupakan satu usaha mempromosikan keamanan di Asia Tenggara,” katanya dengan nada gembira selepas keputusan diumumkan.
Advertisement





