KENINGAU: Kira-kira 99 peratus penagih dadah di negeri ini, khususnya di daerah ini, mengambil dadah sintetik jenis syabu yang mudah diperolehi, kata Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik.“Menurut rekod Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dadah sintetik merupakan ubat perangsang yang boleh menyebabkan seseorang itu hilang kawalan dan melakukan tindakan agresif seperti membunuh, mencederakan orang lain serta tindakan yang membawa kepada kegiatan jenayah.
“Banyak kisah menyayat hati yang kita dengar akibat penyalahgunaan dadah sintetik yang menjejaskan mental pelaku sehingga sanggup melakukan perbuatan di luar batas kewarasan manusia,” katanya ketika berucap merasmikan Program Bengkel Keibubapaan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) di sini.
Advertisement





