Kota Kinabalu: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar kini merancang untuk melaksanakan bayaran pemuliharaan lebih tinggi untuk pengunjung Taman-Taman Sabah (TTS), selain menyokong inisiatif penanaman karang dan meningkatkan kesedaran tentang keperluan menjaga kebersihan alam sekitar.Kementerian, melalui Taman-Taman Sabah, berusaha untuk melibatkan pihak berkepentingan, masyarakat tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan dalam usaha itu untuk meningkatkan lagi usaha pemuliharaan dan pemeliharaan ekosistem alam sekitar dan marin negeri.
Advertisement





