Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Operasi roboh bagang haram di Kudat esok
Published on: Wednesday, July 27, 2022
Published on: Wed, Jul 27, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Operasi roboh bagang haram di Kudat esok
Esscom akan melaksanakan Operasi Gasak Laut (Bagang) secara bersepadu melibatkan pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Taman-Taman Sabah dan Jabatan Perikanan Sabah bagi merobohkan bagang itu.
Kota Kinabalu: Pemantauan pihak berkuasa mendapati bagang atau platform menangkap ikan di pesisir pantai yang dibina secara haram semakin bertambah di kawasan perairan Kudat, kata Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Hamzah Ahmad.

Beliau berkata situasi itu dibimbangi akan menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara serta kesejahteraan masyarakat khasnya di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Advertisement
Justeru katanya Esscom akan melaksanakan Operasi Gasak Laut (Bagang) secara bersepadu melibatkan pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Taman-Taman Sabah dan Jabatan Perikanan Sabah bagi merobohkan bagang itu.

Operasi pada Khamis ini (28 Julai) akan dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 48 (1)(j) Enakmen Taman-Taman Sabah 1984 (Pindaan 2007), Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 dan undang-undang lain yang berkaitan, katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ahmad berkata pihak penguatkuasa Taman-Taman Sabah dan Jabatan Perikanan Sabah akan mengeluarkan Notis Pengosongan dan Perobohan ke atas bagang-bagang haram semasa operasi dilaksanakan.

“Mana-mana individu atau pihak lain yang mempunyai bagang haram di sepanjang perairan pantai timur Sabah adalah dinasihatkan untuk segera mengosong dan merobohkan struktur berkenaan sebelum pihak  berkuasa mengambil tindakan,” katanya.

Advertisement
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan struktur atau bagang haram boleh di perairan Esszone melaporkan segera ke Pusat Operasi Esscom di talian 089-863 181 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-63311072.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here