Kota Kinabalu: Seorang lelaki dipenjara lima tahun dan dikenakan satu sebatan kerana mengambil dadah secara berulang.
Hirwan Mohamed mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, kepada pertuduhan terhadapnya.
Dia didapati mengambil dadah itu pada 2 Mei tahun ini selepas air kencingnya didapati positif dadah di balai polis Beaufort.
Hirwan mempunyai beberapa rekod sabitan kerana mengambil dadah.
Kesalahan mengikut Seksyen 39C (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu memperuntukkan hukuman penjara antara lima dan tujuh tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Hirwan diperintahkan menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap.
Selepas hukuman penjaranya selesai, Hirwan diperintahkan untuk diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.
Sementara itu, dua lelaki masing-masing dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.
Adrian Abdusin dan Abnil Sulaiman mengaku bersalah secara berasingan kerana memasuki negeri ini tanpa dokumen sah mereka.
Kedua-dua pendatang tanpa izin itu ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada polis di kawasan Bandaraya, baru-baru ini.
Semasa rayuan, mereka meminta dihantar pulang ke negara asal mereka secepat mungkin dan untuk hukuman berjalan dari tarikh mereka ditangkap.
Selepas hukuman penjara mereka selesai, Adrian dan Abnil diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk data biometriknya direkodkan sebelum dihantar pulang.