Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Keputusan permohonan Peter Anthony gantung sabitan diketahui 1 Ogos
Published on: Friday, July 29, 2022
Published on: Fri, Jul 29, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Keputusan permohonan Peter Anthony gantung sabitan diketahui 1 Ogos
Pada 26 Mei lepas, Azura menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 atau penjara 15 bulan terhadap Peter, 51, selepas didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan sistem Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014. 
Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen pada Khamis menetapkan 1 Ogos ini untuk keputusan permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony bagi penggantungan sabitan salah terhadapnya kerana kesalahan menggunakan dokumen palsu.

Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam S. Devanandan yang mewakili Peter selaku pemohon.

Advertisement
Terdahulu, Wan Shaharuddin berhujah permohonan pihak pembelaan tidak bermerit dan bertentangan dengan lunas undang-undang kerana Hakim Mahkamah Sesyen telah memenuhi fungsi kehakimannya. “Dalam kes ini, pihak pembelaan telah bergantung kepada Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) sebagai asas kepada permohonannya. Seksyen itu menyatakan dengan khusus bahawa seorang hakim mempunyai budi bicara dalam menentukan sama ada suatu penggantungan pelaksanaan hukuman atau sabitan boleh dibenarkan.

“Namun seperti yang dinyatakan sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen telah pun membenarkan penggantungan pelaksanaan bagi hukuman penjara yang telah dijatuhkan ke atas tertuduh.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Perlu diingat bahawa tertuduh telah membayar denda yang dikenakan terhadapnya,” katanya dan menambah denda itu sebahagian daripada hukuman yang dijatuhkan terhadap Peter.

Beliau berkata dalam kes ini, pihak pembelaan telah merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi dan ini menunjukkan keputusan Mahkamah Sesyen itu adalah ‘final order’.

Advertisement
Wan Shaharuddin berhujah permohonan pihak pembelaan supaya Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan tertuduh (Peter) diberikan suatu penggantungan pelaksanaan sabitan hanya boleh dibenarkan sekiranya terdapat ‘clerical error’ (tersalah tulis) seperti dinyatakan di dalam Seksyen 278 KTJ.

“Jelas sekali tidak terdapat sebarang ‘clerical error’ dan oleh yang demikian permohonan pihak pembelaan supaya Peter diberikan suatu penggantungan pelaksanaan sabitan adalah tidak berasas pada peringkat ini,’’ katanya.

Advertisement
Sementara itu, Devanandan pula berhujah permohonan anak guamnya untuk menggantung pelaksanaan sabitan dibuat dengan alasan yang sama seperti dalam dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan alasan terdapat keadaan istimewa mengikut Seksyen 311 KTJ.

Peguam itu berkata rayuan Peter yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap terhadap sabitan dan hukuman adalah bermerit dan mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya.

“Jika permohonan ini tidak dibenarkan, pemohon yang juga Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang merupakan sebuah parti politik di Sabah tidak boleh bertanding pada PRU15 yang bakal diadakan.

“Kita tidak tahu bila Parlimen akan dibubarkan. Jika tidak dibenarkan, pemohon akan hilang kelayakan untuk bertanding dan ia menyebabkan prejudis kepadanya. Oleh itu, sabitan ini perlu digantung sementara untuk membolehkan beliau bertanding,” katanya.

Beliau berkata pihaknya memohon sabitan itu digantung sehingga rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang mendapati Peter bersalah, diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Pada 26 Mei lepas, Azura menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 atau penjara 15 bulan terhadap Peter, 51, selepas didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan sistem Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014. Hakim itu juga membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu selesai, namun memerintahkan denda RM50,000 itu dibayar pada hari itu (26 Mei lepas).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here