Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Hukuman lelaki tetak abang ditangguh ke 29 Ogos
Published on: Saturday, July 30, 2022
Published on: Sat, Jul 30, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Hukuman lelaki tetak abang ditangguh ke 29 Ogos
Gambar: everypixel.com
Kota Kinabalu: Hukuman terhadap seorang lelaki berusia 23 tahun yang didakwa menetak abangnya dengan parang, ditangguhkan ke 29 Ogos tahun ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menetapkan tarikh itu kepada Mecralinsius Subin selepas dia meminta untuk melihat senjata itu semasa prosiding pada Jumaat.

Advertisement
Mecralinsius telah mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya dan apabila pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa senjata itu tidak dibawa ke mahkamah, Mecralinsius berkata dia ingin melihat parang itu.

Pihak pendakwaan kemudian memohon agar hukuman terhadap Mecralinsius ditangguhkan sementara menunggu parang dikemukakan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mecralinsius didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada abangnya Willi Subin, 34, dengan menggunakan parang pada pukul 1 pagi pada 16 Julai tahun ini di rumah di Kg Sokid Bundu Tuhan, Ranau.

Kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan itu dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Sementara menunggu tarikh hukuman itu, Mecralinsius diperintah reman lanjut berikutan bantahan oleh pihak pendakwaan kerana tertuduh dan abangnya tinggal bersama di sebuah rumah.

Fakta kes menyatakan bahawa kejadian itu disaksikan oleh kakak Mecralinsius yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Advertisement
Pada hari kejadian, semasa kakaknya berada di dalam rumah mereka, dia terdengar Mecralinsius dan Willi bergaduh.

Kakak dan suaminya kemudian turun ke tanah dan melihat Mecralinsius sedang memegang parang dan menetak Willi.

Suami kakaknya berjaya menghentikan pergaduhan itu sebelum ia menjadi lebih teruk tetapi Willi telah mengalami kecederaan di tangan kiri serta buku lali kanan akibat kejadian itu.

Willi kemudian dirujuk ke Hospital Ranau untuk rawatan dan doktor mendapati otot tangan kirinya putus.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here