Kota Kinabalu: Parti Warisan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap sebarang cubaan mengancam keselamatan penduduk pesisir di pantai timur Sabah.Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata laporan mengenai kumpulan atau individu yang mengeluarkan dokumen pengenalan diri Sulu Sultaniyah Darul Islam (SSDI), memandangkan adanya tuntutan baharu baru-baru ini oleh “waris” Kesultanan Sulu, adalah membimbangkan.





