Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
‘Kerajaan mampu tangani ancaman keselamatan di Sabah’
Published on: Sunday, July 31, 2022
Published on: Sun, Jul 31, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
‘Kerajaan mampu tangani ancaman keselamatan di Sabah’
Logo - Facebook Persatuan Veteran ATM Wilayah Persekutuan
TAWAU: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) percaya kerajaan mampu mengambil langkah terbaik dalam menangani ancaman keselamatan di Sabah terutama melibatkan kumpulan Sulu.

Presidennya, Datuk Sharuddin Omar berkata sebagai veteran tentera yang masih memegang tanggungjawab mempertahankan negara, persatuan itu juga bersedia menyokong apa juga yang diputuskan pihak kerajaan bagi menangani ancaman itu.

Advertisement
“Jadi kita selaku veteran mengharapkan kerajaan mencari penyelesaian terbaik, di pihak veteran saya sendiri terlatih mempertahankan negara dan kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival 100 tahun veteran ATM anjuran PVATM Cawangan Tawau di sini, Sabtu.

Seorang bekas tentera Jumadil Abdu Rahman, 71, berkata peranan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berjaya mengukuhkan keselamatan di Sabah terutama Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata sejak Esscom yang dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), ATM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) beroperasi, banyak kejayaan telah diperoleh termasuk menggagalkan ancaman jenayah rentas sempadan.

“Kalau Esscom tiada, tidak mustahil lebih banyak ancaman lain, keadaan sekarang lebih aman kerana kawalan keselamatan terbaik,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata kerajaan juga perlu memperhebatkan kawalan keselamatan di Sabah terutama kawasan perairan Esszone dengan menambah kekuatan pasukan keselamatan yang bertugas serta menyediakan aset keselamatan yang terkini.

“Perairan Esszone ini luas ambil contoh di perairan Wallace Bay, Sebatik hingga Kalabakan, banyak laluan tikus,” katanya.

Advertisement
Dalam pada itu, beliau pihak luar jangan memandang enteng dengan membuat pelbagai tuntutan atau sengaja mewujudkan propaganda berkaitan keselamatan Sabah kerana negara memiliki pasukan keselamatan yang hebat.

“Kami veteran ATM masih kuat mengangkat senjata demi mempertahankan negara,” katanya lagi. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here