Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pembentangan RUU Anti Lompat Parti di DUN Sabah perlu: Shafie
Published on: Monday, August 01, 2022
Published on: Mon, Aug 01, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pembentangan RUU Anti Lompat Parti di DUN Sabah perlu: Shafie
“Semestinya (perlu dibentangkan di DUN Sabah) kerana ini (lompat parti) juga berlaku di peringkat DUN (Sabah), banyak melompat (parti) sehingga perubahan kerajaan,” katanya Ahli Parlimen Semporna itu kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Warisan Bahagian Kota Belud di sini.
KOTA BELUD: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, perlu dilakukan bagi memastikan kestabilan politik di negeri itu terjamin.

Persiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) berkata pembentangan itu wajar dilakukan, kerana perbuatan melompat parti turut berlaku di DUN Sabah dan bukan hanya di peringkat Parlimen.

Advertisement
“Semestinya (perlu dibentangkan di DUN Sabah) kerana ini (lompat parti) juga berlaku di peringkat DUN (Sabah), banyak melompat (parti) sehingga perubahan kerajaan,” katanya Ahli Parlimen Semporna itu kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Warisan Bahagian Kota Belud di sini.

Pada Khamis lepas (28 Julai), RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, mendapat sokongan lebih dua pertiga ahli dewan dengan memperoleh sokongan 209 daripada 220 Ahli Parlimen.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sbah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Ongkili yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata partinya turut menggesa kerajaan Sabah yang diketuai Gabungan Rakyat Sabah (GRS), supaya segera membentangkan RUU itu di peringkat negeri.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata RUU yang telah diluluskan Dewan Rakyat itu masih memerlukan penambahbaikkan terutama daripada segi isi kandungan yang perlu lebih jelas, bagaimanapun ia suatu permulaan baik bagi mengekang perbuatan melompat parti.

Advertisement
Sehubungan itu, beliau berkata Warisan akan meneliti dan memperhalusi perlembagaan parti itu bagi memastikan perjuangan parti itu selari dengan RUU tersebut dan Perlembagaan negara. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here