SANDAKAN: Karnival Udang Galah Beluran 2022 (KUGB2022) bakal diadakan di Beluran, dekat sini pada 28 hingga 30 Oktober tahun ini.Pengerusi bersama Hazirih Jauti dan Nuralizah Lee berkata, karnival yang julung kali diadakan itu merupakan anjuran bersama Pejabat Daerah Beluran, Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Dan Pasar Ikan Beluran (PPPBPIB) dan Persatuan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana Beluran Sabah (PIKS).
Mereka berkata karnival itu diadakan, antara lain, bertujuan membina dan mengembangkan industri udang galah Beluran yang juga antara pengeluar udang galah terbesar di Sabah dan sebagai memperkenalkan keistimewaan dan keunikan produk pelancongan di Beluran.
Advertisement





