Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Lokasi tidak dikongsi: Peserta Unduk Ngadau
Published on: Wednesday, August 03, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Lokasi tidak dikongsi: Peserta Unduk Ngadau
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan manakala Fikry dibantu peguam Azhier Farhan Arisin untuk mewakili Philip (gambar)..
Kota Kinabalu: Seorang peserta Unduk Ngadau 2021 bersetuju bahawa dia tidak pernah berkongsi lokasi dengan rakan dan teman lelakinya ketika bersama ketua teknikal Unduk Ngadau Negeri 2021 yang didakwa atas empat pertuduhan mencabul peserta.

Peserta bersetuju dengan pembelaan bahawa apabila dia dan Philip Among pergi ke sebuah restoran dan di dalam kereta Philip dalam perjalanan ke pejabat Metro Town, dia tidak berkongsi lokasi kepada rakan dan teman lelakinya untuk menjemputnya walaupun selepas dia didakwa mula dicabul oleh Philip antara 2 petang dan 3 petang pada 19 Mei 2021.

Wanita itu bersetuju dengan peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah yang mewakili Philip, bahawa semasa dia bersama Philip di restoran itu, dia tidak berkongsi lokasi dengan rakan dan teman lelakinya.

Wanita yang didakwa sebagai mangsa berusia 22 tahun itu memberi keterangan sebagai saksi pertama di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie, pada Selasa.

Semasa berada di restoran itu, saksi bersetuju bahawa dia tidak cuba melarikan diri daripada Philip.

Fikry: Selepas kamu dan Philip pergi hotel untuk simpan barang kamu, lepas itu kamu dan Philip pergi restoran, kamu setuju?

Saksi: Setuju.

Fikry: Semasa di restoran, kamu tidak menghubungi kawan-kawan kamu untuk menjemput kamu di restoran, kamu setuju?

Saksi: Setuju.

Fikry: Kamu tidak menangis atau minta tolong semasa di restoran, kamu setuju?

Saksi: Setuju.

Fikry: Adakah kamu bersetuju bahawa kamu ada memberitahu Philip bahawa kamu berminat untuk bekerja di syarikatnya?

Saksi: Setuju.

Fikry: Adakah kamu bersetuju semasa di restoran, kamu meminta Philip membantu kamu mendapatkan undi Unduk Ngadau dengan membeli undi?

Saksi: Tidak bersetuju.

Fikry: Adakah kamu bersetuju bahawa tuntutan kamu ditolak sekeras-kerasnya oleh Philip?

Saksi: Tidak bersetuju.

Saksi itu juga bersetuju bahawa Philip tidak menarik tangannya dan memaksanya masuk ke dalam keretanya selepas mereka menghabiskan lebih satu jam di restoran itu.

Dia bersetuju bahawa dia mengatakan Philip telah mencabulnya semasa dalam perjalanan pulang dari restoran pada 9.45 malam.

Fikry: Adakah kamu bersetuju bahawa kamu dan Philip pergi bersama ke pejabat di Metrotown selepas makan malam di restoran?

Saksi: Setuju.

Fikry: Semasa berada di dalam kereta Philip dalam perjalanan ke pejabat di Metrotown, kamu tidak pernah berkongsi lokasi kamu kepada rakan dan teman lelaki kamu, adakah kamu bersetuju?

Saksi: Setuju.

Fikry: Adakah kamu bersetuju bahawa sebelum kamu naik ke pejabat di Metrotown, kamu tidak berkongsi lokasi kamu kepada rakan dan teman lelaki kamu?

Saksi: Tidak pasti.

Fikry: Semasa kamu dan Philip naik ke pejabat, Philip tidak menarik tangan kamu dan memaksa kamu naik ke pejabat, adakah kamu setuju?

Saksi: Setuju.

Fikry: Apabila Philip membuka pintu pejabat, kamu tidak cuba melarikan diri tetapi kamu mengikutnya untuk masuk ke pejabat, adakah kamu bersetuju?

Saksi: Setuju.

Fikry: Sebelum naik ke pejabat, kamu ada pilihan seperti hantar lokasi di Metrotown kepada kawan dan teman lelaki atau ikut Philip naik pejabat tetapi kamu pilih ikut dia, setuju?

Saksi: Tidak bersetuju.

Fikry: Tujuan Philip membawa anda ke pejabat Metro Town itu adalah untuk memberitahu bahawa program itu akan diadakan di sana, adakah anda setuju?

Saksi: Setuju.

Fikry: Bila teman lelaki anda menelefon, anda tidak minta dia jemput anda di Metro Town, anda setuju?

Saksi: Setuju.

Mangsa berusia 22 tahun itu memberi keterangan sebagai saksi pertama di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie, pada Selasa.

Philip didakwa mencabul peserta Unduk Ngadau itu pada 19 Mei 2021 pada pukul 2 petang, 3.30 petang, 9.45 malam dan 10 malam, masing-masing di tangga bersebelahan Ever Best Photo in Asia City, di Studio Darvel Bay Borneo Holidays Sdn Bhd di Asia City, di dalam sebuah kenderaan yang bergerak semasa dalam perjalanan dari tempat makan malam ke pejabat lama di Bandaraya dan di pejabat di Metro Town.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau dengan denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Phillip, pada 10 Jun 2021 meminta dibicarakan atas empat pertuduhan terhadapnya.

Saksi selanjutnya bersetuju bahawa dia dan Philip pergi ke pusat beli-belah Imago pada jam 6 petang.

Fikry: Apabila anda dan Philip pergi ke pusat beli-belah Imago, anda tidak menjemput kawan-kawan anda untuk menyertai anda, adakah anda bersetuju?

Saksi: Setuju.

Fikry: Walaupun kawan anda tidak ikut ke pusat beli-belah Imago, anda tetap ikut Philip pergi sana, anda setuju?

Saksi: Setuju.

Dia seterusnya bersetuju bahawa selepas keluar ke pusat beli-belah Imago bersama Philip, kedua-dua mereka juga pergi ke sebuah hotel di Asia City. Dia juga bersetuju bahawa Philip telah membantunya membawa barang-barangnya ke bilik hotel dan Philip tidak melakukan apa-apa kepadanya semasa mereka berada di dalam bilik hotel.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan manakala Fikry dibantu peguam Azhier Farhan Arisin untuk mewakili Philip.

Perbicaraan bersambung hari ini (Rabu).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here