Kota Kinabalu: Hyril Arif berjaya mempertahankan gelaran Mr Sabah pada Kejohanan Bina Badan dan Fizikal Mr Sabah 2022 yang dianjurkan oleh Persatuan Bina Badan Sabah (SBA) dan Biro Sukan dan Rekreasi Star Sabah di dewan KDCA pada Ahad lalu.Wakil Explosive Gym Beaufort itu, yang sebelum itu memenangi gelaran 70.1-75kg lelaki dianugerahkan gelaran juara antara juara oleh pihak juri.





