Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pengguna di Sabah diminta buat laporan jika harga barang tidak sepatutnya
Published on: Thursday, August 04, 2022
Published on: Thu, Aug 04, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pengguna di Sabah diminta buat laporan jika harga barang tidak sepatutnya
Katanya pemantauan itu turut dilaksanakan menerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi memastikan tiada kenaikkan harga berlebihan atau caj tidak sepatutnya seperti caj 30 sen untuk kotak penutup telur ayam di Sabah yang tular di media sosial baru-baru ini.
Kota Kinabalu: Pengguna di negeri ini digesa supaya tidak berdiam diri sebaliknya segera membuat laporan jika berdepan caj tidak sepatutnya terutama bagi barangan keperluan harian, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Shahelmey Yahya.

Beliau berkata laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah penting dalam usaha memantau harga barang di negeri ini supaya ia tidak terlalu membebankan pengguna.

Advertisement
Katanya pemantauan itu turut dilaksanakan menerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi memastikan tiada kenaikkan harga berlebihan atau caj tidak sepatutnya seperti caj 30 sen untuk kotak penutup telur ayam di Sabah yang tular di media sosial baru-baru ini.

“KPDNHEP memang memantau pergerakan harga barang dari semasa ke semasa yang disebabkan oleh inflasi, selain harga siling barang-barang kawalan termasuk ayam, telur ayam dan minyak masak,” katanya kepada Bernama pada Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu beliau merasmikan Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau di sini.

Shahelmey berkata KPDNHEP Sabah juga memantau kenaikan harga barangan secara berlebihan oleh peniaga melalui akta yang sedia ada antaranya Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

Advertisement
Pada 29 Jun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa bertujuan membantu rakyat menghadapi cabaran ekoran peningkatan kos sara hidup.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here