Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Setinggan di Manggatal diminta kosongkan rumah
Published on: Thursday, August 04, 2022
Published on: Thu, Aug 04, 2022
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Setinggan di Manggatal diminta kosongkan rumah
JENGKAUT digunakan untuk merobohkan sebuah rumah konkrit yang telah dikosongkan.
Kota Kinabalu: Kira-kira 250 setinggan yang masih menduduki tanah seluas 100 ekar milik sebuah syarikat hartanah selama bertahun-tahun termasuk yang baharu kurang setahun di Kg Labau, Manggatal dekat sini, digesa mengosongkan rumah masing-masing susulan pengeluaran notis pengusiran ketiga yang berakhir pada Isnin (1 Ogos).

Kira-kira 200 notis pengusiran dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu kepada setinggan yang kebanyakannya penduduk tempatan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang memberi mereka masa yang mencukupi untuk keluar dari rumah mereka kerana kerja meroboh rumah mereka akan dilaksanakan.

Advertisement
Tanah bersebelahan pusat sekolah memandu itu adalah milik syarikat berpangkalan di Sandakan, Mestarco, yang merupakan syarikat saudara kepada Prima Land & Development yang membeli tanah CL seluas 100 ekar 20 hingga 30 tahun lalu pada tahun 80-an dan 90-an.

 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here