Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
WCOPA: Pelajar, kakitangan UMS banggakan negara
Published on: Friday, August 05, 2022
Published on: Fri, Aug 05, 2022
By: Suria Abdullah
Text Size:
Text:
WCOPA: Pelajar, kakitangan UMS banggakan negara
WAKIL dari UMS yang bertanding dalam pertandingan itu di Amerika Syarikat.
SEKUMPULAN pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) membanggakan negara dalam pertandingan World Champions of Performing Arts (WCOPA) 2022 baru-baru ini.

Pertandingan yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat itu menyaksikan kumpulan ini menggondol lima pingat perak dan tujuh gangsa.

Advertisement
Daripada lima pingat perak, dua dimenangi oleh Vanessa William dari Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) menerusi tarian solo kontemporari.

Dia juga menerima dua pingat gangsa untuk tarian Lyrical dan Folklore di bawah kategori kumpulan umur 18-24 tahun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Quenner Mitchell Pauzi dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan mendapat dua pingat perak dan dua gangsa bagi kategori muzik instrumental.

Dia memenangi perak menerusi Karya Asli Instrumental dan kategori instrumental terbuka dan gangsa untuk kategori jazz kontemporari dan instrumental.

Advertisement
Noor Hasfizzah Ladin dari fakulti sama masing-masing menerima perak dan gangsa bagi kategori Vocal World dan Vocal Variety dalam kumpulan umur 25-29 tahun.

Dua lagi pingat gangsa dianugerahkan kepada kumpulan Ketari Sari yang diketuai oleh ketua ASTiF, Dr. Sharip Zainal Sagkif Shek dan artis budaya kanan UMS, Norain Abd Razak.

Advertisement
Mereka memenangi pingat ini melalui tarian duet untuk kategori tarian terbuka dan tarian rakyat (folklore). Kira-kira 60 negara menghantar peserta mereka ke WCOPA 2022 yang diadakan selama sembilan hari berturut-turut. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here