Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Warga Indo rogol anak tiri lebih 50 kali dijel 26 tahun
Published on: Friday, August 05, 2022
Published on: Fri, Aug 05, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Warga Indo rogol anak tiri lebih 50 kali dijel 26 tahun
Bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara 13 tahun lagi dan dikenakan satu sebatan kerana merogol mangsa sama ketika berusia 16 tahun enam bulan pada awal Disember 2021 pada jam 2 petang di tempat sama.
Kota Kinabalu: Seorang warga Indonesia berumur 38 tahun yang merogol anak tirinya lebih 50 kali sejak berusia 10 tahun, dijatuhi hukuman penjara 26 tahun dan dikenakan dua sebatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu ke atas lelaki ini yang mengubah pengakuan semasa perbicaraan dan mengaku kepada dua pertuduhan terhadapnya.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu dipenjara 13 tahun dan dikenakan satu sebatan kerana merogol mangsa ketika berusia 12 tahun tujuh bulan pada penghujung Februari 2018 pada pukul 7 pagi di sebuah rumah pekerja di Kimanis, Papar.

Bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara 13 tahun lagi dan dikenakan satu sebatan kerana merogol mangsa sama ketika berusia 16 tahun enam bulan pada awal Disember 2021 pada jam 2 petang di tempat sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjaranya berturut-turut dari tarikh dia ditangkap pada 11 Dis 2021.

Advertisement
Semasa rayuan, lelaki yang tidak diwakili itu meminta hukuman ringan dengan mengatakan dia berasal dari keluarga miskin dan perlu menyara anak di negara ini serta di Indonesia.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan atas sebab lelaki itu melakukan kesalahan serius.

Advertisement
Tambahnya, mangsa dalam kes ini adalah anak tirinya yang sepatutnya dilindungi lelaki itu, bukan merogolnya sejak berusia 10 tahun.

Mahkamah mendengar bahawa lelaki itu telah merogol mangsa lebih 50 kali sejak dia berusia 10 tahun tetapi dia hanya mengingati dua kejadian itu.

Kejadian pertama berlaku pada Februari 2018 apabila ibu mangsa tiada di rumah dan pergi bekerja. Ketika kejadian, lelaki itu meminta mangsa ke bilik tidur, berbaring dan memintanya menanggalkan pakaiannya sebelum merogolnya.

Selepas melakukan rogol itu, lelaki itu mengugut akan memukulnya jika dia mendedahkan kejadian itu kepada sesiapa.

Kejadian kedua berlaku pada Disember 2021 ketika mangsa pulang dari sekolah, apabila lelaki itu meminta untuk melakukan perkara sama dan juga selepas merogolnya, dia telah mengugut mangsa.

Siasatan mendapati lelaki itu dan ibu mangsa telah berkahwin pada 2011 tetapi perkahwinan mereka tidak didaftarkan di Malaysia.

Susulan laporan polis, lelaki itu ditahan dan mangsa dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak untuk pemeriksaan lanjut dan laporan menunjukkan terdapat koyakan lama pada selaput daranya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here