HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Tukang masak bebas tuduhan edar lebih 7kg kanabis
Published on: Friday, August 05, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:


HAFEEZ (kanan) kelihatan gembira ketika diberi taklimat oleh Ram sebelum meninggalkan mahkamah bersama ahli keluarganya.
Kota Kinabalu: Seorang tukang masak berusia 28 tahun dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan mengedar 7,158.6 gram kanabis.

Pesuruhjaya Kehakiman Amelati Parnell melepaskan dan membebaskan Mohd Hafeez Md Din daripada pertuduhan itu tanpa memintanya membela diri.

Dalam menyampaikan keputusan itu, Amelati memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie bahawa Hafeez mempunyai pemilikan atas dadah itu berkaitan pertuduhan pindaan

“Mengenai fakta dan keadaan kes ini, dengan memegang sementara, tertuduh tidak boleh dikatakan memiliki lapan bungkusan itu secara fizikal. Ia tidak boleh menimbulkan inferens bahawa dadah tersebut adalah milik tertuduh,” kata Amelati.

Selain itu, Hafeez tidak melakukan apa-apa terhadap lapan bungkusan itu dan oleh itu tidak boleh dianggap sebagai mengetahui kandungan dalam bungkusan itu, kata Amelati, antara lain.

Hafeez didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12 tengah hari 6 Ogos 2020 di sebuah unit di Tropicana Landmark, Jalan Bundusan di sini.

Dia pada 10 Mei 2021 meminta dibicarakan terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu.

Pertuduhan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Hafeez dilihat menangis apabila mendengar keputusan itu.

Hafeez, yang ditahan reman sejak ditangkap, mengucapkan terima kasih kepada pasukan peguamnya di luar mahkamah selepas prosiding.

Hafeez, yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun berkata, dia tidak sabar untuk bersama keluarga dan merancang untuk memulakan perniagaan kedai makan dalam masa terdekat.

Dalam menyampaikan keputusannya, Amelati antara lain memutuskan bahawa mahkamah mendapati kes prima facie tidak dibuktikan terhadap Hafeez.

17 saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan di peringkat pendakwaan.

Hafeez diwakili peguam Ram Singh, Kimberly Ye dan Chen Wen Jye.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



ADVERTISEMENT







Berita Popular


Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            

Daily Express TV