Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki simpan motosikal curi dijel 14 bulan
Published on: Saturday, August 06, 2022
Published on: Sat, Aug 06, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki simpan motosikal curi dijel 14 bulan
Dia didakwa mengikut Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 28 tahun dipenjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret kerana menyimpan motosikal curi.

Abdul Rahman Pet Joh mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie atas pertuduhan menyimpan motosikal milik Akamal Zaidi pada pukul 1 tengah hari 29 Julai tahun ini di Taman Putra Jaya di sini.

Advertisement
Mahkamah mendengar daripada pihak pendakwaan bahawa motosikal itu dilaporkan hilang pada 5 Julai di tempat letak motosikal berhampiran sebuah jambatan ke Karamunsing Capital.

Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun, dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia diperintahkan menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 29 Julai.

Dalam kes lain, seorang pemilik kedai hiburan didenda RM3,000 atau penjara dua bulan kerana menjalankan operasi premis tanpa lesen.

Advertisement
Ivan Yapp, 44, mengaku melakukan kesalahan itu di The Wolf Kivatu Café, di Penampang, pada jam 11.40 malam, 29 Jun tahun ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa polis telah memeriksa premis itu dan mendapati penjaganya gagal mengemukakan lesen hiburan awam.

Sementara itu, dua orang dijatuhi hukuman kerana memiliki syabu.

Azri Azmi, 20, dipenjara sembilan bulan selepas dia mengaku bersalah memiliki 0.37 gram syabu pada jam 2 pagi 4 Jun di Sadong Jaya di sini.

Chong Tet Min, 50, didenda RM3,700 atau penjara 10 bulan kerana memiliki 0.57 gram syabu pada jam 10.25 malam 3 Jun di pekan Inanam.

Mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here