Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Tragedi katamaran: "Wanita ketahui nasib 22 September"
Published on: Saturday, August 06, 2022
Published on: Sat, Aug 06, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Tragedi katamaran:
Bagi pertuduhan pertama, Chung, Pengarah Syarikat Golden Sailing Travel Tour and Car Rental, didakwa menyebabkan kecederaan kepada 20 pelancong China dengan membenarkan anaknya Leong Vin Jee mengurus dan menggunakan bot itu ke laut secara cuai sehingga membahayakan nyawa mereka.
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 68 tahun yang terlibat dalam tragedi katamaran yang mengakibatkan empat pelancong China maut, akan mengetahui nasibnya pada 22 Sept tahun ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan tarikh itu bagi Chung Ket Siew @ Chung Siaw Ping, selepas pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil seorang saksi dalam perbicaraan.

Advertisement
Mahkamah juga menetapkan selewat-lewatnya 18 Ogos untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis dan hujahan jawapan, jika ada, hendaklah difailkan selewat-lewatnya pada 25 Ogos tahun ini.

Bagi pertuduhan pertama, Chung, Pengarah Syarikat Golden Sailing Travel Tour and Car Rental, didakwa menyebabkan kecederaan kepada 20 pelancong China dengan membenarkan anaknya Leong Vin Jee mengurus dan menggunakan bot itu ke laut secara cuai sehingga membahayakan nyawa mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama Leong, 44, dan juragan Sharezza Salian, 30, yang kedua-duanya didapati bersalah pada 1 Mac 2019 dan masing-masing telah pun menerima hukuman.

Kesalahan di bawah Seksyen 337 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Bagi pertuduhan kedua, Chung diperintahkan membela diri atas pertuduhan secara cuai menyebabkan kematian empat pelancong iaitu, He Runyuan, 46, Wang Jianyi, 38, Xie Luo, 49, dan Zhang Xiau Kun, 27, dengan membenarkan Leong yang kemudiannya mengarahkan Sharezza, untuk menggunakan bot itu dan memuatkannya secara berlebihan sehingga membahayakan nyawa manusia.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Pada 18 Julai 2018, Chung dilepaskan dan dibebaskan daripada dua pertuduhan itu tetapi pihak pendakwaan telah merayu terhadap keputusan tersebut, dan Mahkamah Tinggi memerintahkan Chung membela diri atas pertuduhan itu.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Nur Faezah Jafry bersama DPP Dacia Jane Romanus, menjalankan pendakwaan manakala peguam Edward Paul dan Elffie Johny mewakili Chung.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here