HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Wujudkan penternakan ikan di Mesej Kampung Nabahan – Ruslan
Published on: Saturday, August 06, 2022
Text Size:


RUSLAN (kedua, kanan) bersama Jahid (kedua, kiri) semasa lawatan ke kolam-kolam projek penternakan udang galah.
BEAUFORT: Adun Lumadan Haji Ruslan Muharam mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk pembangunan projek penternakan ikan di Mini Estet Sejahtera (Mesej) Kampung Nabahan, di sini, dengan menggunakan kolam-kolam sedia ada yang digunakan untuk menternak udang galah di situ.

Beliau mencadangkan perkara itu kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim dalam lawatan kerjanya ke Mesej itu, pada Selasa. 

Ruslan juga membawa Jahid dan rombongannya meninjau 10 kolam yang digunakan untuk penternakan udang galah di Mesej tersebut.

Ruslan berkata projek menternak udang galah ini bermula sejak 2011 lagi, namun ia tidak mendatangkan hasil memuaskan kerana beberapa masalah dihadapi.

Ini termasuk haiwan liar memasuki kawasan sekitar kolam, ketiadaan bekalan elektrik, pembimbing tidak memberikan bimbingan sewajarnya diberikan kepada penternak dan masalah tanah mendap di mana kolam dibina dalam kawasan paya pada asalnya. 

“Apabila air pasang tiba, kesemua hasil ternakan dalam kolam akan melimpah keluar dan dihanyutkan,” jelasnya, menambah ini menyebabkan projek tersebut tidak dapat terus diusahakan. 

Ruslan berkata, pembangunan penternakan ikan di tapak itu akan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk dalam kalangan B40 di kampung ini.

“Kolam ini juga berpotensi untuk dijadikan pusat penternakan ikan seperti ikan Lampan Jawa, Talapia, Selunsung dan lain-lain,” kata Ruslan.

Katanya, kerja menyelenggara boleh dibuat dengan membina tembok dan pagar agar air tidak akan melimpah keluar apabila air pasang dan binatang buas tidak memasuki kawasan kolam. 

Selain itu, beliau berkata, sebagai nilai tambah bagi kawasan ini, ia boleh dipromosikan bersama dengan destinasi pelancongan yang mempunyai monyet Proboscis yang terdapat di sepanjang Sungai Weston. 

“Saya berharap pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan memberikan perhatian serius kepada perkara ini,” katanya.

Turut hadir dalam lawatan kerja berkenaan ialah Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah I dan II, Harun Durabi dan Samad Jambri; Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah, Datuk Matbali Hj Musah; kakitangan Pejabat Daerah Beaufort, Mahkamah Anak Negeri (MAN), UPPM Lumadan, Pegawai Daerah dan Penguasa  Perikanan daerah Beaufort.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



ADVERTISEMENT







Berita Popular


Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            

Daily Express TV