BEAUFORT: Seorang ibu tunggal yang menyaksikan rumahnya di tebing Sungai Padas hampir runtuh akibat hakisan tanah akan mendapat rumah baharu dibina kerajaan untuknya di bawah Program Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT).Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih memberi kelulusan segera ketika melawat rumah Siti Norsidah Mustapa di Kampung Lubak, Jumaat.





