Kota Kinabalu: Pemuda Upko Bahagian Tuaran membuat laporan menggesa polis mempercepatkan siasatan berhubung bagaimana ketua MIC Sabah Peer Mohamad Kadir, yang dilahirkan di India, dapat memperoleh MyKad tulen di Sabah di bawah kod yang hanya dikhaskan untuk anak kelahiran Sabah. Ini susulan maklum balas Timbalan Menteri Dalam Negeri Jonatahan Yassin, yang berasal dari Sabah, di Dewan Negara bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak menerima sebarang laporan rasmi yang dibuat terhadap Peer.
Ketua Pemuda Tuaran Upko Rayner Ebi yang membuat laporan itu di balai polis Tuaran, Ahad, berkata menurut laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin, Peer Mohamad adalah saksi nombor 116, dilahirkan di Chennai, India.
Advertisement





