Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
PN komited terus sokong Perdana Menteri demi kestabilan: Ronald
Published on: Monday, August 08, 2022
Published on: Mon, Aug 08, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
PN komited terus sokong Perdana Menteri demi kestabilan: Ronald
“Tempoh mandat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan tamat pada Mei tahun depan, jadi sehingga kini kita memberikan komitmen untuk terus menyokong Perdana Menteri (Ismail Sabri) dan kerajaan bagi memastikan kestabilan politik negara berkekalan sehingga PRU yang akan dipanggil (diumumkan),” kata beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi PN.
SERDANG: Perikatan Nasional (PN) memberikan komitmen untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob demi kestabilan politik negara, kata Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

“Tempoh mandat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan tamat pada Mei tahun depan, jadi sehingga kini kita memberikan komitmen untuk terus menyokong Perdana Menteri (Ismail Sabri) dan kerajaan bagi memastikan kestabilan politik negara berkekalan sehingga PRU yang akan dipanggil (diumumkan),” kata beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi PN.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Laman Padi serta Pelancaran Logo SMART SBB dan Sistem Pengurusan Maklumat Beras (RIMS), Ladang’57 iaitu Beras Wangi Horeca dan 3FR SOP Manual, sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini pada Ahad.

Parti komponen PN dianggotai oleh Bersatu, Parti Islam Malaysia (PAS), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu di KUALA TERENGGANU, Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pula menyifatkan dakwaan yang menyatakan bahawa PN berhasrat menarik balik sokongan kepada kerajaan sebagai pandangan pihak tertentu sahaja. Menteri Besar Terengganu itu ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 di Wisma Darul Iman, di sini pada Ahad berkata sebaliknya terdapat banyak lagi perkara yang ingin dilaksanakan kerajaan negeri bersama Kerajaan Persekutuan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here