TAWAU: Sebanyak 1,500 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 23 majikan pelbagai sektor dari seluruh negara yang mengambil bahagian pada Karnival Kerjaya Perdana Tawau 2022 di Dewan Masyarakat Tawau, pada Ahad.Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan berkata, karnival di bawah kementeriannya itu adalah siri kelima dianjurkan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Menurutnya, hasil penganjuran empat siri karnival yang sudah berlangsung di Sandakan (23 Januari), Kota Kinabalu (29 Mac), Semporna (28 Mei) dan Kota Belud (25 Jun) menyaksikan sebanyak 13, 313 kekosongan jawatan ditawarkan kepada pencari kerja.
Advertisement





