Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Elak guna insiden kemalangan sebagai modal politik: Bung
Published on: Tuesday, August 09, 2022
Published on: Tue, Aug 09, 2022
Text Size:
Text:
Elak guna insiden kemalangan sebagai modal politik: Bung
Bung Moktar (kanan) mendengar taklimat mengenai insiden kemalangan maut itu di lokasi kejadian.
Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menyelar sikap pemimpin pembangkang yang cuba ‘menangguk di air keruh’ dengan menggunakan insiden kemalangan maut langgar tiang jejambat di Jalan Lintas, baru-baru ini sebagai modal politik.

Merujuk kepada kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Phoong Jin Zhe mengenai keadaan di lokasi kemalangan, Bung Moktar berkata, wakil rakyat DAP itu sepatutnya lebih peka dan bertanggungjawab, selain sensitif dengan situasi yang berlaku.

Advertisement
“Saya ingin menasihati YB Phoong agar tidak sewenang-wenangnya ‘menangguk di air  keruh’ dengan menggunakan insiden kemalangan yang meragut nyawa seperti ini sebagai modal politik.
“Saya minta beliau lebih peka, bertanggungjawab dan lebih sensitif dalam berperanan sebagai YB pembangkang. Jangan sesekali mengambil kesempatan dalam kesempitan dan kesedihan orang lain,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jin Zhe antara lain mendakwa keadaan jalan dan lampu yang tidak baik, selain laluan mengelirukan antara punca yang boleh menyebabkan kemalangan.

Bagaimanapun, Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, menafikan dakwaan Jin Zhe selepas beliau sendiri meninjau lokasi kemalangan dan diberikan taklimat oleh pihak bertanggungjawab, pagi Isnin.
Advertisement
“Melihat keadaan tempat kejadian dan berdasarkan taklimat yang diberikan oleh agensi kepada saya menunjukkan kawasan terlibat adalah berkeadaan baik dengan kondisi jalan yang baharu dan rata, begitu juga dengan lampu jalan sekeliling yang berfungsi dengan baik. “Semua pihak yang hadir termasuk Kementerian dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan polis sependapat dengan gambaran ini. Saya terkilan dengan kenyataan semberono daripada wakil rakyat Luyang merangkap Setiausaha DAP Sabah itu.
Advertisement
“Saya rasa, wakil rakyat ini tanpa usul periksa telah merujuk lokasi jalan lain dan bukan lokasi di tempat kemalangan berlaku. Saya cadangkan agar lain kali wakil rakyat ini perlu benar-benar pasti lokasi kemalangan sebelum mengeluarkan kenyataan. “Saya juga boleh tolong tunjukkan lokasi tersebut sekiranya beliau tidak pasti lokasi di mana kemalangan itu berlaku,” katanya.

Menurut Bung Moktar siasatan polis terhadap insiden kemalangan itu masih berjalan dan pihak kerajaan prihatin terhadap keperluan-keperluan baharu. “Kita perlu terima hakikat bahawa sebaik mana ciri-ciri keselamatan jalan raya sama ada reka bentuk atau apa juga ciri keselamatan lain, ia tidak akan menjamin keselamatan lebih-lebih lagi pemandu atau pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab dan kerap melanggar undang-undang seperti melangkaui had kelajuan apatah lagi dalam keadaan hujan lebat,” katanya.

Sementara itu, Bung Moktar turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa kemalangan yang berlaku Jumaat lepas itu.

Dalam kejadian jam 11.24 malam Jumaat lalu, tiga beranak terkorban, manakala seorang lagi kanak-kanak parah selepas kereta pacuan empat roda yang mereka naiki hilang kawalan sebelum merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here