Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memberi kebenaran kepada bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Mohd Salleh (gambar) untuk memulakan prosiding Semak-an Kehakiman bagi menyahklasifikasi laporan siasatan pihak berkuasa Malaysia mengenai nahas pesawat Double Six Nomad pada 1976.Hakim Wong Siong Tung melalui Zoom memberi kebenaran seperti yang dipohon oleh pemohon.
Harris memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 1 Julai dengan menamakan Ketua Setiausaha Negara Malaysia, Menteri Pengangkutan dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Advertisement





