Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lelaki Filipina miliki hasil haiwan dilindungi dijel
Published on: Wednesday, August 10, 2022
Published on: Wed, Aug 10, 2022
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Lelaki Filipina miliki hasil haiwan dilindungi dijel
JESUS (kiri) diiringi oleh pegawai Jabatan Hidupan Liar.
SANDAKAN: Seorang lelaki warga Filipina dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa, kerana memiliki beberapa hasil haiwan dilindungi.Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu selepas Jesus A Apolinario, 49, mengaku melakukan kesalahan itu pada jam 1.30 petang 2 Julai tahun ini di sebuah rumah pekerja berdekatan kawasan Hutan Simpan Ladang Labau Division C Tongod, Daerah Tongod.

Advertisement
Pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Visaya oleh jurubahasa di hadapan mahkamah.

Tertuduh didakwa memiliki satu bahagian kepala rusa (Cervus unicolor), dua bahagian tanduk kijang (Muntiacus muntjac), 245 batang bulu landak (Hystrix brachyuran) iaitu spesies haiwan dilindungi.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 41(2) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 41(4) Enakmen sama, yang boleh didenda antara RM30,000 dan RM50,000, atau dipenjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa dari Jabatan Hidupan Liar Sabah Abdul Karim Dakog, yang menjalankan pendakwaan, meminta hukuman setimpal dikenakan kepada pesalah kerana ia kesalahan serius untuk memiliki hasil haiwan dilindungi, selain untuk memberi pengajaran kepadanya dan orang awam.

Advertisement
Hakim turut memerintah Jesus dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman penjara itu kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Terdahulu, mahkamah mendengar bahawa 16 anggota keselamatan yang menjalankan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) membuat pemeriksaan terhadap rumah pekerja itu pada 2 Julai.

Advertisement
Pasukan OBK berkenaan telah menjumpai bahagian rusa itu di dalam peti ais yang diletakkan di bahagian ruang tamu. Manakala sepasang dan setengah tanduk kijang digantung di bahagian dapur dan bilik. Selain itu, dua bekas lutsinar masing-masing berisi 105 dan 140 batang bulu landak turut ditemui. Tertuduh juga didapati tidak memiliki permit sah bagi pemilikan hasil haiwan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here