Kota Kinabalu: Sabah FC menewaskan Sarawak United 1-0 untuk memenangi perlawanan derbi di Stadium Likas pada malam Selasa lalu.Pasukan tuan rumah yang bermain di hadapan kira-kira 10,000 penyokong di stadium, jelas merupakan pasukan yang lebih baik pada malam itu.
Bagaimanapun mereka tampak sukar menemui jaring sehinggalah kapten Baddrol Bakhtiar menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-63 daripada hantaran lintang Saddil Ramdani.
Advertisement





