Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah pelawa lebih ramai pelabur tempatan, asing
Published on: Thursday, August 11, 2022
Published on: Thu, Aug 11, 2022
Text Size:
Text:
Sabah pelawa lebih ramai pelabur tempatan, asing
DR Joachim (kanan) bersama peserta asing yang menghadiri forum itu.
Kuala Lumpur: KUALA LUMPUR: Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) mempelawa lebih ramai pelabur tempatan dan asing untuk mengembangkan perniagaan ke negeri ini.

MID dengan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) menganjurkan forum mengenai Peluang Pelaburan di Taman-Taman Perindustrian Sabah di bawah MID, di Hotel Westin, di sini, Isnin lalu.

Advertisement
Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, objektif forum ini adalah untuk menunjukkan kepada pelabur tempatan dan asing apa yang Sabah boleh tawarkan kepada pelabur, melalui pelbagai pembentangan dan perkongsian oleh Invest Sabah Berhad, Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan dan juga daripada taman-taman perindustrian – Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Kluster Perindustrian Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu dan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip).

Beliau juga berharap ini dapat mendorong syarikat atau organisasi untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian, selain wakil taman-taman perindustrian mengenai pelaburan di Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dr Joachim berkata forum itu adalah sebahagian daripada usaha mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelaburan kerana Sabah menawarkan kelebihan lebih besar untuk pelabur menjalankan perniagaan.

“Hari ini saya di sini untuk cuba dan memujuk pelabur berpotensi untuk melabur di Sabah.
Advertisement
“Saya yakin kementerian saya boleh menyediakan semua maklumat yang diperlukan,” katanya.

Kira-kira 200 peserta menghadiri forum setengah-hari itu.

Advertisement
Dr Joachim juga memberitahu peserta bahawa MID akan membantu mereka.

“Sebab itu MID membentuk pasukan petugas khas. Pasukan petugas yang terdiri daripada kementerian, jabatan serta agensi negeri dan persekutuan akan membantu menyegerakan semua kelulusan yang diperlukan,” katanya.

Selain menjaga pembangunan sektor perindustrian di Sabah, beliau berkata Kementeriannya juga diberi tugas untuk memacu usahawan daripada skala kecil-kecilan kepada mengeksport produk mereka ke luar negara atau antarabangsa.

Untuk mencapai matlamat ini, Dr Joachim berkata Kementerian secara strategik akan membantu semua usahawan dengan memperkasa dan mengukuhkan usahawan kecil dan sederhana (PKS); menyediakan bantuan atau pembiayaan fleksibel dan memudahkan; meningkatkan kualiti produk PKS; memperkukuh keupayaan prestasi pemasaran produk ke peringkat global; dan mengoptimumkan kapasiti dan keupayaan pengeluaran melalui Teknologi Industri 4.0.

Dr Joachim juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai, atas program makan malam yang amat bermanfaat itu pada Ahad.

Turut hadir Setiausaha Tetap MID Thomas Logijin; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Sabah Berhad Datuk Madiyem Layapan; Ketua Pegawai Eksekutif POIC Sabah Sdn Bhd Datuk Fredian Gan; Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Tseu Kei Yue; Ketua Pegawai Eksekutif KKIP Sdn Bhd Lawrence Guandi Kimkuan; Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (Sogip); dan Pengerusi FMM Sabah James Ha di samping utusan asing yang mewakili Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Republik Czech, Belanda, Royal Thai, Agensi Perdagangan dan Pelaburan Wallonia, China, Perancis, Indonesia serta beberapa syarikat Malaysia seperti Bursa Malaysia Derivatives, CAIQTest Malaysia Sdn Bhd dan Cameron Consultant Limited.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here