Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dadah: 15 dipenjara, denda
Published on: Thursday, August 11, 2022
Published on: Thu, Aug 11, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Dadah: 15 dipenjara, denda
Herman dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan manakala Jimmy dipenjara lapan bulan.
Kota Kinabalu: Lima belas orang dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan berkaitan dadah.

Empat belas daripada mereka mengaku bersalah mengambil dadah manakala seorang lelaki mengaku memiliki syabu.

Advertisement
14 orang itu adalah Herman Amri, Jimmy Lazarus, Azmin Redson, Rojem Dalpa, Melvin Matdi, Hasan Abdul, Victor Joseph, Jelengai Lutau, Aleno Zakarula, Amin Saili, Benareh Janatih, Fauzi Syam, Mashur Abdul dan Arnold Ryan.

Mereka ditahan di lokasi berbeza di sini dan di Penampang antara Februari tahun lepas dan Jun tahun ini, selepas didapati positif dadah jenis syabu dan amphetamine, kata pendakwaan memaklumkan mahkamah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Herman dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan manakala Jimmy dipenjara lapan bulan.

Arnold didenda RM2,000 atau enam bulan penjara manakala selebihnya masing-masing dikenakan tujuh bulan penjara.

Advertisement
Mengambil dadah mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang lagi lelaki, Baharudin Haling, 45, mengaku memiliki 0.15gm syabu di Inanam pada 28 Nov 2021.

Advertisement
Dia didenda RM2,500 atau penjara 10 bulan.

Pertuduhan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Kesemua 15 orang itu dibawa di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles dan Jessica Ombou Kakayun.

Inspektor Kelvan Elson Maik dan Albert Basiri melakukan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here