Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pemancing temui mayat reput di pondok usang
Published on: Friday, August 12, 2022
Published on: Fri, Aug 12, 2022
By: Jonathan Nicholas
Text Size:
Text:
Pemancing temui mayat reput di pondok usang
ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata Forensik percaya mangsa telah meninggal dunia tiga hari sebelum penemuannya.
Kota Kinabalu: Mayat wanita berusia 50-an yang sudah reput, dipercayai warga asing, ditemui di pondok usang di belakang stesen minyak Petronas di Jalan Tuaran dekat Tebobon di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Bandaraya, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata Forensik percaya mangsa telah meninggal dunia tiga hari sebelum penemuannya.

Advertisement
“Mangsa dipercayai sudah agak lama tinggal di pondok usang itu. Bagaimanapun, tiada unsur jenayah ditemui di tempat kejadian,” katanya.

Bagaimanapun, penyiasat masih belum dapat memastikan identiti mangsa dalam penemuan jam 10.15 pagi itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mayat dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk ujian Covid-19 sebelum bedah siasat.

“Siasatan diteruskan untuk mengenal pasti mangsa dan keluarga terdekatnya,” katanya.

Advertisement
Melaporkan penemuan itu kepada polis ialah Aaronly Rex, seorang lelaki berusia 30-an, yang dalam perjalanan untuk memancing di paya berhampiran.

“Saya sering melihatnya dalam perjalanan ke paya. Dia tinggal seorang diri selepas suaminya yang kami panggil ‘Bomoh’ meninggal dunia beberapa tahun lalu,” katanya kepada Harian Ekspres ketika dihubungi.

Advertisement
Beliau berkata, mangsa tidak mempunyai pekerjaan dan mencari sumber makanan di hutan berhampiran untuk keperluan hariannya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here