Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Wanita guna MyKad orang lain dipenjara, didenda
Published on: Friday, August 12, 2022
Published on: Fri, Aug 12, 2022
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Wanita guna MyKad orang lain dipenjara, didenda
MALYN (kiri) diiring keluar dari kamar mahkamah selepas dijatuhkan hukuman.
TAWAU: Seorang wanita yang cuba menaiki pesawat dari Tawau ke Kuala Lumpur menggunakan MyKad orang lain, dipenjara sebulan dan didenda RM2,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis.

Malyn Julismu, 27, mengaku salah di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu bahawa dia melakukan kesalahan itu di Balai Berlepas Lapangan Terbang Tawau pada 27 Julai lalu.

Advertisement
Pemegang Kad Pengenalan Sementara (MyKas) itu didakwa memiliki kad pengenalan atas nama Norlina  Abbai, 28, yang bukan kepunyaannya, tanpa kuasa yang sah atau sebab munasabah.

Menurut fakta kes, pemilik sebenar iaitu Norlina melaporkan bahawa dokumennya itu tercicir semasa dia ke Pekan Semporna untuk membeli keperluan rumah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia membuat laporan polis dan membuat permohonan gantian hilang di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Semporna pada 28 Julai.

Pegawai Pendakwa JPN, Mohd Naser Mohd Nadzeri dalam hujahannya meminta hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat luar kerana perbuatan memiliki dan menggunakan kad pengenalan orang lain adalah kesalahan serius.

Advertisement
Menurutnya, sekiranya tertuduh berjaya melepasi sempadan (untuk ke Kuala Lumpur), dia dikhuatiri akan terus menyamar dan menggunakan kad pengenalan itu, termasuk untuk bekerja di Semenanjung Malaysia.

Katanya, terdapat banyak implikasi negatif sekiranya penyamar menggunakan MyKad Norlina untuk melakukan kesalahan jenayah, termasuk akaun bank Norlina dibekukan, atau Norlina didaftarkan kematian. Malyn, yang tidak diwakili peguam, dalam rayuannya memohon hukuman denda mininum dan pengecualian hukuman penjara memandangkan bapanya sakit.

Advertisement
Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 25 (1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan boleh dihukum mengikut Peraturan-Peraturan sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here