MEMBAKUT: Atap sebuah blok Sekolah Kebangsaan (SK) Bambangan, di sini, diterbangkan oleh angin kencang pada Jumaat.Guru Besarnya Osman Pudin berkata kejadian itu berlaku begitu pantas pada kira-kira pukul 3 petang, namun mujur tiada pelajar di situ ketika itu kecuali beberapa kakitangan sekolah.





