Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Ancaman keselamatan semakin kompleks’
Published on: Sunday, August 14, 2022
Published on: Sun, Aug 14, 2022
Text Size:
Text:
‘Ancaman keselamatan semakin kompleks’
JONATHAN (depan, tengah) bergambar bersama penerima sijil APBSP.
Kota Kinabalu: Kerajaan memperkenalkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) sebagai garis panduan pelaksanaan program keselamatan awam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri ll, Datuk Jonathan Yasin berkata, dasar itu penting dalam perancangan program serta aktiviti yang menjurus kepada usaha memastikan ketenteraman negara terus terjaga.

Advertisement
“Dalam era globalisasi yang semakin mencabar dan perkembangan teknologi baharu berasaskan Revolusi Industri 4.0, risiko dan ancaman terhadap keselamatan negara kini menjadi semakin kompleks dan merentasi sempadan.

“Selaras dengan hasrat dalam Teras Enam DKKA iaitu Melindungi Aset dan Sasaran Penting Negara, Urusetia Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting (JPSP) mencadangkan agar diwujudkan nilai tambah kepada Naziran Sasaran Penting sedia ada dengan memperkenalkan Anugerah Penarafan Bintang Sasaran Penting (APBSP).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Anugerah ini bagi meningkatkan kawalan, perlindungan dan penyelenggaraan aset, sumber, infrastruktur kritikal sasaran penting dan melindungi maklumat serta rekod keselamatan negara,” katanya semasa merasmikan Majlis Apresiasi APBSP Tahun 2022 di sini, pada Khamis malam.

Tambah Jonathan, objektif utama pelaksanaan anugerah tersebut adalah untuk menilai dan mengukur prestasi penyampaian sistem pengurusan keselamatan perlindungan di pepasangan sasaran penting pada tahap yang cemerlang.

Advertisement
“Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan ke atas tadbir urus keselamatan perlindungan sasaran penting yang terbaik selain menggalakkan pembudayaan persekitaran sistem pengurusan keselamatan perlindungan sasaran penting yang kondusif.

“APBSP merupakan kaedah yang pertama kali digunakan oleh JPSP dalam memberikan pengiktirafan kepada instalasi sasaran penting yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang di dalam pengurusan keselamatan perlindungan,” ujar beliau.

Advertisement
Majlis APBSP itu merupakan anjuran bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

Ia memberi penghargaan kepada 15 instalasi sasaran penting termasuk Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Perak; Petronas Chemicals Fertiliser, Kedah; Loji Pemproses Gas Santong, Terangganu; Loji Janakuasa Perlis (Global E-Technic Sdn Bhd), Perlis; dan Bank Negara, Kuala Lumpur.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan KDN, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Jabatan Perdana Menteri, Rahimi Ismail.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here