Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


‘Tingkatkan keselamatan perairan sempadan Sabah, Sarawak’
Published on: Sunday, August 14, 2022
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:

‘Tingkatkan keselamatan perairan sempadan Sabah, Sarawak’
PAPAR: Malaysia perlu memperkukuh keselamatan melibatkan pertahanan ketenteraan strategik di perairan sempadan Sabah dan Sarawak  bagi memastikan negara ini mampu bertahan jika berlaku sebarang konflik di Laut China Selatan.

Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan (gambar) berkata, siri pencerobohan di perairan Sabah dan Sarawak oleh pihak ketenteraan China kebelakangan ini membuktikan kedaulatan Malaysia tidak dihormati.

Menurutnya, situasi sama turut dialami negara Asean lainnya yang menunjukkan China tidak teragak-agak mengerahkan tentera mereka bertindak terhadap negara lain sekiranya mereka merasakan hak wilayah mereka terancam.

"Keselamatan kita di Laut China Selatan melibatkan perairan Sabah dan Sarawak kerap dicerobohi sesuka hati oleh China walaupun pelbagai usaha telah diambil Malaysia sama ada melalui rundingan diplomatik.

"Namun, usaha ini tidak cukup kerana masih tidak diendahkan China.Kita harus lebih tegas kerana ia melibatkan kedaulatan serta keselamatan rakyat di wilayah Sabah dan Sarawak.

"Sudah tiba masanya Malaysia mengukuhkan aspek ketenteraan di sempadan perairan kita sebelum Laut China Selatan menjadi medan perang dunia ketiga," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Ahmad yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Warisan Sabah berkata, China sesuka hati mengukuhkan kehadiran di Laut China Selatan dengan mendirikan kemudahan ketenteraan di atas pulau-pulau yang masih dalam pertikaian.

Malah katanya, China juga baru-baru ini meningkatkan belanjawan ketenteraan mereka untuk kawasan itu yang sekaligus dikhuatiri menimbulkan ketegangan di rantau Asean.

Menurutnya, Filipina baru-baru ini buat pertama kalinya telah diberikan amaran langsung oleh kerajaan China apabila mereka menjalankan aktiviti yang disifatkan sebagai provokasi ketenteraan walaupun di dalam kawasan perairan mereka sendiri.

"Lihat apa berlaku di Taiwan ketika ini apabila tentera China melakukan latihan secara besar-besaran di sekitar perairan Taiwan sebagai bantahan susulan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi ke pulau itu, baru-baru ini.

"Jika berlaku konflik di Laut China Selatan, Sabah dan Sarawak akan menjadi barisan hadapan sekiranya Malaysia terus lemah dan tidak bertegas dalam isu ini," katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here