Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Peguam Najib persoal hakim perbicaraan kes SRC International
Published on: Tuesday, August 16, 2022
Published on: Tue, Aug 16, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Peguam Najib persoal hakim perbicaraan kes SRC International
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin diberitahu bahawa terdapat bahaya jelas terhadap keadilan, dalam merujuk kepada hakim yang mempengerusikan perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd, yakni Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Peguam utama Datuk Seri Najib Tun Razak, Hisyam Teh Poh Teik berhujah bahawa sebagai pekerja jangka panjang Maybank, tingkah laku hakim Mahkamah Tinggi (Mohd Nazlan) sebelum ini, juga boleh memberi alasan kepada orang yang munasabah untuk mempercayai bahawa dia tidak boleh bertindak dengan fikiran yang objektif.

Advertisement
Hisyam berhujah demikian dalam usul Najib untuk mengemukakan bukti baharu kes SRC International dalam usahanya untuk mendapatkan perbicaraan semula, di hadapan panel lima anggota yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Bukti tambahan yang ingin dikemukakan oleh Najib adalah berkaitan dengan penemuan baru-baru ini bahawa hakim perbicaraan (Mohd Nazlan) pada tahun 2006, ialah peguam am dan setiausaha syarikat bagi Kumpulan Maybank, yang mempunyai tanggungjawab keseluruhan muktamad untuk pengurusan dan pentadbiran semua jabatan undang-undang seluruh kumpulan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam mengetengahkan isu konflik kepentingan yang serius, pihak pembelaan berhujah bahawa pihak berkuasa penyiasat telah menyembunyikan atau gagal untuk mendedahkan bahan yang akan membolehkan Najib membangkitkan bantahan berdasarkan konflik kepentingan hakim bicara pada peringkat awal prosiding.

Hisyam juga berhujah bahawa pendengaran rayuan sepatutnya ditangguhkan sehingga satu tempoh masa, sehingga siasatan terhadap peranan Hakim Mohd Nazlan selesai.

Advertisement
Mahkamah juga memberitahu bahawa pihak pendakwaan tidak mengemukakan bukti berkaitan hakim Mohd Nazlan yang dikatakan memiliki konflik kepentingan itu kepada pihak pembelaan semasa perbicaraan yang dimulakan pada April 2019.

Peguam itu berkata jika tidak kerana surat tanpa nama penghantar yang disampaikan kepada Najib antara 9 Mei dan 7 Julai - didakwa mengandungi bukti baharu, maka pasukan pembelaan tidak akan menyedari kewujudan perkara itu.

Advertisement
Beliau seterusnya berkata bahawa anak guamnya pada masa itu tidak mengetahui tentang dakwaan pengetahuan dan penglibatan hakim Mohd Nazlan dalam penubuhan SRC melalui kedudukannya (Nazlan) sebagai peguam am Maybank Investment.

Terdahulu, Hakim Tengku Tun Maimun membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk meminda notis usul Najib bagi mengemukakan bukti baharu sebelum meneruskan mendengar usul itu.

Lain-lain anggota panel hakim yang mendengar rayuan Najib bagi mengemukakan bukti baharu kes berkaitan SRC International hari ini terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan serta Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Sekiranya Najib gagal dalam permohonan ini, Mahkamah Persekutuan dijangka meneruskan pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhi oleh hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini Hakim Mohd Nazlan pada 28 Julai 2020.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here