Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Madius kecewa mesyuarat jawatankuasa kebebasan asasi sering ditunda
Published on: Tuesday, August 16, 2022
By: FMT
Text Size:

Madius kecewa mesyuarat jawatankuasa kebebasan asasi sering ditunda
Wilfred Madius Tangau berkata mesyuarat sepatutnya dijalankan hari ini ditunda pada saat akhir hanya kerana menteri tidak dapat hadir tanpa alasan kukuh. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau menyatakan kekecewaan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kebebasan Asasi dan Hak-hak di bawah Perlembagaan beberapa kali ditunda.

Katanya, penundaan mesyuarat menyebabkan laporan daripada jawatankuasa itu masih belum dibentangkan di Dewan Rakyat sehingga kini.

Beliau berkata, mesyuarat yang sepatutnya dijalankan hari ini itu ditunda pada saat akhir hanya kerana menteri-menteri dijemput tidak dapat hadir tanpa alasan kukuh.

“Pada Ahad, saya membuat tempahan tiket penerbangan dan juga penginapan untuk hadir ke mesyuarat itu dan saya ambil penerbangan jam 7 malam semalam, sekarang saya sudah berada di Kuala Lumpur.

“Tiba-tiba satu pengumuman telah dibuat melalui kumpulan Whatsapp bahawa mesyuarat ditunda diatas permintaan pengerusi kerana dua orang saksi yang telah dijemput untuk memberi keterangan iaitu menteri dalam negeri dan menteri sumber manusia tidak akan hadir.

“Sepanjang ingatan saya, sudah lebih tiga kali mesyuarat jawatankuasa ini telah ditunda atas pelbagai sebab,” katanya dalam kenyataan.

Madius yang juga presiden Upko berkata, agenda mesyuarat kali ini adalah meminta kedua-dua menteri memberi penjelasan kenapa pekerja asing yang datang bekerja di negara ini perlu memberi bayaran kepada agen sebelum dipertimbangkan masuk.

Sebagai contoh, katanya, pekerja daripada Bangladesh perlu bayar RM25,000 kepada ejen pekerja asing untuk bekerja di Malaysia.

“Saya prihatin pasal dua perkara, pertama, masa dan wang dibelanjakan untuk Ahli Parlimen yang jauh seperti saya datang ke Kuala Lumpur, tetapi mesyuarat tak jadi.

“Kedua, mesyuarat seperti ini sudah dijadualkan lebih awal iaitu 8 Ogos, oleh itu, menteri yang terlibat, yang dipanggil untuk hadir seharusnya mengambil berat dan memberi keutamaan untuk hadir kerana yang menjemput itu adalah institusi tertinggi negara iaitu Parlimen,” katanya.

Beliau berkata, agenda serta isu yang akan dibincangkan adalah membabitkan kepentingan awam, rakyat, ekonomi serta pelaburan negara.

“Saya agak kecewa kerana mesyuarat ditunda ‘last minute’ hanya kerana kegagalan menteri-menteri yang dijemput tidak hadir tanpa alasan yang kukuh,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here